Kempen Internet Selamat: Pembelian Atas Talian

10 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Kampung Quop, 9 Julai 2026 – NADI Kampung Quop telah menganjurkan program Kempen Internet Selamat: Pembelian Atas Talian secara dalam talian pada 9 Julai 2026, bermula 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Program ini telah disertai oleh 6 orang pelajar dari SMK Penrissen. Objektif program adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai amalan pembelian atas talian yang selamat serta langkah-langkah mengelakkan penipuan ketika berurus niaga di platform e-dagang.

Sepanjang sesi, peserta telah didedahkan kepada pelbagai topik seperti cara mengenal pasti penjual yang dipercayai, kepentingan membuat pembayaran melalui platform yang selamat, menyemak ulasan pembeli sebelum membuat pembelian, serta mengenali tanda-tanda penipuan dalam talian. Turut dikongsikan ialah beberapa tips keselamatan bagi melindungi maklumat peribadi dan kewangan semasa membeli-belah secara dalam talian.

Melalui program ini, para peserta diharap dapat mengamalkan penggunaan internet secara berhemah dan menjadi pengguna digital yang lebih bijak serta berwaspada ketika melakukan pembelian atas talian.

NADI Kampung Quop akan terus komited melaksanakan pelbagai program kesedaran digital bagi memperkukuhkan pengetahuan dan keselamatan komuniti dalam penggunaan teknologi dan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali